"Bantu Palestin"
Membeli Sambil Menderma

Sudah beberapa hari saya
memikirkan sesuatu yang boleh saya lakukan untuk 3 perkara pada
masa yang sama.
- Menjual produk yang
berkualiti pada harga yang berbaloi kepada pembaca dan
memberi makna yang lebih mendalam bagi pembelian
produk saya.
- Membantu mangsa perang
Palestin dengan impak yang lebih besar dengan menyalurkan
sebahagian daripada hasil jualan saya kepada Tabung Mangsa
Perang Palestin.
- Menambahkan lagi kesedaran
menderma kepada Tabung Mangsa Perang Palestin dan menaikkan
lagi semangat orang ramai untuk terus menyumbang dengan
insentif produk yang saya tawarkan.
Oleh itu, saya ambil keputusan
dan laburkan hampir USD$300 untuk mendapatkan produk berkualiti
untuk dijual semula kepada anda pada harga yang berbaloi bagi 3
tujuan di atas.
Lesen hak jualan semula produk
"The Guru Slayer" daripada Andrew Fox pun saya beli.

Harga jualannya ialah USD$47
(RM165) - anda
boleh lihat sendiri di
www.GuruSlayer.com
(jangan beli di GuruSlayer.com)
- tetapi bagi tujuan
menderma, saya akan jual kepada anda pada harga
USD$17 (atau
RM50).
RM20 daripada pembelian
RM50 anda
akan disalurkan kepada "NSTP Fund for Gaza" ke dalam akaun
seperti imej di atas.
Jadi, bukan sahaja anda akan
mendapat produk "The Guru Slayer" (memperolehi ilmu daripadanya)...
bahkan 40% daripada pembelian anda akan disalurkan kepada mereka
yang amat memerlukan bantuan di Palestin - satu usaha kemanusian
yang mulia.
Dengan jualan ini juga, saya
mungkin boleh mendapatkan semula wang yang saya laburkan untuk
produk yang telah dibeli ini - yang harganya melebihi RM1,000.
Dengan adanya program sebegini
juga,
bolehlah saya terus membeli produk yang berkualiti untuk saya
tawarkan kepada anda pada masa akan datang dan pada masa yang sama kita sama-sama
lakukan perkara baik untuk saudara kita yang nasib mereka belum
tentu lagi terbela di sana.
Untuk terus "membeli dan
menderma" dengan hanya RM50, sila klik link di bawah dan
teruskan membuat pesanan.
http://jualan-amal.com/palestin/order-terhad.html
Terlaksanalah tujuan #1 & #2
saya.
Saya juga faham bahawa bukan
semua orang akan membeli produk "The Guru Slayer" ini.
Ini tidak mengapa kerana tujuan yang
paling penting bukannya membeli tetapi menderma untuk tabung Palestin.
Sekiranya anda ingin menderma
tanpa membuat pembelian, anda bolehlah memasukkan sebanyak mana
yang anda mampu ke dalam akaun "NSTP Fund for Gaza" seperti yang
tertera di dalam imej di bawah:

Atau lawati
www.Maybank2u.com.my untuk keterangan lanjut.
Akhir sekali, sekiranya anda
tak dapat menderma, jangan berputus asa kerana anda masih lagi
dapat membantu.
Sama anda anda
ingin membeli dan menderma, menderma sahaja atau pun tidak, saya ingin
menyeru anda dan setiap orang yang membaca laman web ini untuk menggunakan fungsi "Beritahu Rakan"
(Tell-a-friend) di bahagian atas laman web di atas supaya usaha
kita menambahkan kesedaran untuk menderma ini akan berterusan sehingga menampakkan impak yang lebih besar.
Ya, dengan sedikit usaha
berkumpulan, sebuah gunung pun boleh dialihkan ke tempat yang
lain.
Dan dengan memberitahu rakan
anda mengenai laman web ini, maka tujuan #3 dan
terakhir saya pun tercapai... kerana rakan anda mungkin akan
memberikan sumbangan yang lebih besar untuk tabung ini...
Apa jua yang anda lakukan, saya
semestinya berterima kasih kepada anda terlebih dahulu kerana
memainkan peranan yang penting ini.
Semoga segala kebaikan anda
dibalas dengan 100X ganda kebaikan di dalam hidup anda.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. Tiada paksaan untuk membuat
pembelian tetapi saya amat menyarankan anda membuat sedikit
sebanyak sumbangan untuk rakyat Palestin yang menderita di
tanahair mereka sendiri tersebut.
|